Penubuhan Dewan-dewan Perniagaan

Penubuhan Dewan-dewan Perniagaan

PENUBUHAN DEWAN-DEWAN PERNIAGAAN
.
Dewan Perniagaan Melayu Kelantan 1938
Dewan Perniagaan Melayu Perak 1951
Dewan Perniagaan Melayu Johor 1952
Dewan Perniagaan Melayu Selangor 1953
Dewan Perniagaan Melayu Terengganu 1953
Dewan Perniagaan Melayu Kedah 1956
Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Seberang Prai 1959
Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan 1960
Dewan Perniagaan Melayu Perlis 1963
Dewan Perniagaan Melayu Melaka 1963
Dewan Perniagaan Melayu Pahang 1972
Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan 1975
Dewan Perniagaan Melayu Sabah 1997
Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan Labuan 1997
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya 2004
.
.
PENUBUHAN GABUNGAN DEWAN-DEWAN
.
HALATUJU DAN PERJUANGAN DPMM
.
Usaha terawal untuk mewujudkan persatuan perniagaan di negeri telah dipelopori oleh peniaga-peniaga Melayu di Kelantan pada tahun 1938 dengan penubuhan Dewan Perniagaan Melayu Kelantan dalam tahun berkenaan.
.
Langkah yang dirintis oleh Dewan Perniagaan Melayu Kelantan kemudiannya telah diikuti oleh lain-lain negeri. Penubuhan Dewan-dewan Perniagaan di peringkat negeri mengikut turutan adalah seperti berikut:-
.
Lanjutan daripada penubuhan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu di peringkat negeri (yang masing masing berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Negeri), satu badan induk yang diberi nama Gabongan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu Se Malaya (GDPMM) ditubuhkan pada tahun 1956.
.
Di antara individu yang bertangunggjawab di dalam pembentukan GDPMM ini adalah Datuk Mahmood Ambak (Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Perak); Haji Nik Hassan Nik Yahya (Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Kelantan) dan Datuk Raja Nasron (Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Selangor).
GDPMM ditubuhkan mengikut undang-undang Pertubuhan 1949. Ia didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan penubuhannya diluluskan secara rasmi pada 11 Julai 1957 dengan nombor pendaftar “1101 Selangor”.
.
GDPMM mempunyai matlamatnya sendiri dan sepertimana yang tercatit di dalam perlembagaannya, penubuhannya adalah untuk :
.
…”sekalian Dewan-Dewan Perniagaan Melayu di Malaya supaya bekerjasama bagi memenuhi segala lapangan perniagaan dan mempertahankan segala hak-hak dan faedah-faedah dalam lapangan aneka perniagaan dan membantu perusahaan-perusahaan pertanian, pelombong-pelombong aneka galian hasil bumi, pertukangan dan pengeluaran-pengeluaran perusahaan kerajinan tempatan dan
pengangkutan, penjualan-penjualan serta lainnya dalam Negara atau di luar Negara Malaya…”
.
.
#sumber: Undang-undang Gabongan Dewan-dewan Perniagaan Melayu Se Malaya, 26 April 1956, Lampiran 2