
Assalamualaikum
Bagi pihak AJK DPMM Putrajaya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Dato/Datin/Tuan/Puan untuk hadir memeriahkan MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DPMM PUTRAJAYA 2018 yang berlangsung pada 5 Julai 2018.
Pelancaran Kad Keahlian DPMM Putrajaya dan juga perlindungan Takaful Kemalangan kepada semua ahli berbayar DPMM Putrajaya diharap dapat merealisasikan hasrat untuk menjaga kebajikan ahli seterusnya menyatukan perpaduan dan kesepakatan sesama kita.
Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada sebarang kekurangan semasa majlis berlangsung.
Diharapkan semoga ukhwah berpanjangan dan usaha meningkatkan taraf ekonomi sesama ahli DPMM akan berjaya dan diberkati Allah s.w.t
"SELAMAT HARI RAYA"
"MAAF ZAHIR & BATIN"
Terima Kasih
Norsyahrin Hamidon
YDP DPMM Putrajaya
6 Julai 2018